fbpx

Stor sorok produk, ubat tidak sah RM404,930 digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang dirampas dalam serbuan di sebuah stor di Jalan Pos Baru, Klang, semalam.

KLANG – Sebuah premis yang menjadi stor simpanan produk penjagaan diri dan ubatan tidak sah digempur dalam kejadian di Jalan Pos Baru di sini, semalam.

Serbuan pukul 1 tengah hari dibuat Unit Gempur Marin (Ungerin) bersama Unit Risikan Marin Pelabuhan Klang menerusi Op Taring Landai merampas keseluruhan produk bernilai RM404,930.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, operasi khas itu dijalankan hasil maklumat pihaknya mengenai produk yang disyaki tiada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, ketika serbuan seorang lelaki tempatan berusia 70 tahun dipercayai penjaga berada di premis berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut kemudian menemukan pelbagai produk termasuk ubatan dan makanan yang dipercayai tidak sah. Lelaki itu turut gagal mengemukakan dokumen kelulusan KKM dan ditahan bagi tindakan lanjut,” katanya hari ini.

Rusley menambah, produk yang dirampas meliputi 37 jenis barangan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 serta 16 jenis barangan mengikut Akta Makanan 1983.

Jelasnya, pihaknya telah menyerahkan kes itu kepada KKM bagi siasatan dan tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI