fbpx

‘Sandwich’ ham dan cheese di UM tiada sijil halal – Jakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pek sandwich yang dijual di UM disahkan tiada sijil halal.

PETALING JAYA – Produk makanan ‘ham dan cheese’ yang dijual di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM) didapati tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu kenyataan berkata, hasil pemeriksaan juga mendapati syarikat yang menghasilkan produk tersebut bukan pemegang SPHM.

Kata Jakim, pemeriksaan terhadap produk itu dilakukan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 10 Januari lalu.

“Tindakan pihak syarikat mencetak logo halal Malaysia pada label produk berkenaan suatu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan tindakan undang-undang telah diambil oleh KPDN.

“Pengguna dinasihatkan sentiasa menyemak status halal sesuatu produk melalui Portal Halal Malaysia atau aplikasi Verify Halal. Pastikan produk tersebut telah dipersijilkan halal oleh pihak berautoriti,” kata Jakim hari ini.

Semalam, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa pihak berkuasa
mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat dalam penjualan produk makanan ‘ham dan cheese’ yang status halalnya diragui di sebuah kedai serbaneka di UM.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka dipetik berkata, penjualan produk itu untuk bukan Melayu boleh diterima, tetapi isu yang timbul terdapat logo halal tertera di belakang bungkusan berkenaan.

“Mahasiswa UM membuat satu laporan polis susulan kedai serbaneka itu menjual ‘sandwich’ yang namanya ‘ham and cheese’. Ham itu ada unsur khinzir, dalam (ham) itu ada daging babi dan ‘sandwich’ ‘ham and cheese’ dijual dalam UM yang kebanyakannya orang Melayu ada di situ.

“Jika ‘sandwich’ ‘ham and cheese’ pun dapat logo halal, apakah jaminan keselamatan bagi produk halal lain yang dijual di situ,” kata Muhamad Akmal.

UM bertindak menutup serta merta dua premis jualan runcit 24-jam dalam kampusnya susulan penemuan produk pek ‘sandwich’ tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI