fbpx

Sandwic ‘Ham & Cheese’: Polis sahkan terima laporan pelajar UM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ku Mashariman dan sandwic berlabel 'Ham & Cheese' yang diragui status halal di sebuah kedai serbaneka di UM.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan menerima aduan berkenaan penemuan sandwic berlabel ‘Ham & Cheese’ yang diragui status halal di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, aduan itu diterima daripada seorang pelajar universiti awam berkenaan pada Jumaat lalu.

“Satu laporan polis dibuat pada Jumaat lalu oleh pelajar institusi pengajian tinggi awam berkenaan.

“Kes ini dirujuk kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Jakim mengesahkan produk makanan berkenaan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Menurut Jakim, hasil semakan turut mendapati syarikat yang menghasilkan produk terbabit bukan pemegang SPHM.

Sebelum ini, UM dilaporkan menutup serta-merta dua premis kedai serbaneka yang beroperasi di universiti itu selepas dakwaan penemuan produk pek sandwic diragui status halal.

UM dalam kenyataan memaklumkan, arahan penutupan berkenaan dikeluarkan bagi memberi ruang supaya siasatan dilaksanakan tanpa sebarang gangguan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI