fbpx

‘Raikan cinta murni’ – Shasha Abedul kini tunangan orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shasha kini tunangan seorang jejaka yang dirahsiakan identiti.

PETALING JAYA – Dalam diam pelakon Shasha Abedul mengikat tali pertunangan dengan pasangan pilihan pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun Sasha, 29, belum sedia mendedahkan identiti jejaka bertuah itu selain menganggap ikatan ini sebagai permulaan kepada perjalanan indah buat mereka.

“Hari ini (11 Januari), kita meraikan cinta murni, ikhlas, tanpa syarat dan abadi.

“Detik ini menandakan permulaan perjalanan indah, menjanjikan untuk menghargai, menyokong dan berkembang bersama.

“Cintamu terpancar melalui setiap pandangan, senyuman dan sentuhan,” katanya dalam hantaran Instagram.

Dalam masa sama, pelakon drama Projek: Exit itu berharap hubungan mereka akan kekal sehingga ke jenjang pelamin.

“Semoga pertunangan ini menjadi asas seumur hidup dipenuhi dengan ketawa, kenangan tidak berkesudahan dan hubungan paling dalam.

“Inilah masa depan yang cerah dan indah seperti kita antara satu sama lain,” ujarnya lagi.

Dalam hantaran Instagram, Shasha turut berkongsi beberapa keping foto bersama tunang tetapi mengaburi wajah jejaka terbabit.

Perkongsian tersebut mengejutkan peminat kerana awal tahun lalu Shasha mengakui masih solo dan mahu fokus kepada kerjaya terlebih dahulu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI