fbpx

Piala FA: Manchester United singkir Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Joshua Zirkzee berjaya menjaringkan gol terakhir pada penentuan penalti untuk mengesahkan kemaraan Manchester United. Foto AFP

LONDON – Juara bertahan, Manchester United mempamerkan semangat juang tinggi untuk menyingkirkan Arsenal pada aksi pusingan ketiga Piala FA selepas meraih kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti 5-3 sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Emirates itu, kedua-dua pasukan gagal mendapatkan gol kemenangan selepas terikat 1-1 pada 90 minit perlawanan sehinggalah berakhir masa tambahan,

The Red Devils bermula garang pada babak kedua apabila berjaya meraih gol menerusi penyudah kapten pasukan, Bruno Fernandes pada minit ke-53.

Tersentak dengan gol tersebut, Arsenal memperkemaskan jentera serangan dan memberikan tekanan ke atas kubu pertahanan lawan.

Nasib malang menimpa United apabila bek kanan, Diogo Dalot diarahkan keluar padang selepas dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-61.

Kesempatan itu digunakan oleh Arsenal yang berjaya menyamakan kedudukan menerusi penyudah Gabriel berselang dua minit kemudian.

Tuah terus memihak kepada Arsenal apabila dihadiahkan sepakan penalti tetapi gagal disempurnakan oleh Martin Odegaard apabila penjaga gol United, Altay Bayindir cemerlang menepis percubaan tersebut.

Ketika saingan memasuki masa tambahan, Bayindir mempamerkan prestasi luar biasa apabila menghalang percubaan bertali arus skuad The Gunners dengan keputusan 1-1 kekal sehingga aksi terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Semua pemain United berjaya melunaskan amanah yang diberikan oleh pengendali, Ruben Amorim dengan Bayindir cemerlang menepis percubaan Kai Havertz sekali gus menyaksikan The Red Devils lolos ke pusingan keempat Piala FA musim ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI