fbpx

Pemain warisan baharu mula dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUNKU MAHKOTA ISMAIL mengakui kebanyakan pemain berstatus warisan untuk Harimau Malaya berpangkalan di selatan Eropah.

BEBERAPA tonggak pemain berdarah warisan ‘gred A’ yang berpangkalan di selatan Eropah dijangka menjadi nadi pasukan Harimau Malaya pada kempen kelayakan Piala Asia 2027 yang akan bermula pada Mac depan.

Perkara itu disahkan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman sosial X dengan pemain-pemain terbabit beraksi di posisi pertahanan dan tengah.

“Pertahanan tengah, pertahanan kiri, penyerang, pemain tengah, tengah menyerang dan sayap kiri.

“Majoriti bermain di liga utama di Eropah. Tiada dari England, kebanyakan (dari) selatan Eropah,” tulis Tunku Mahkota Ismail.

Berdasarkan peta dunia, selatan Eropah terdiri daripada negara kuasa besar seperti Sepanyol, Portugal, Itali, Perancis selain negara-negara Mediterranean.

Skuad Harimau Malaya sebelum ini pernah memiliki pemain berdarah kacukan daripada Sepanyol menerusi Natxo Insa yang ketika ini masih aktif mewakili kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

Terdahulu, Tunku Mahkota Ismail menerusi laman sosial miliknya turut memberi khabar gembira buat peminat kebangsaan apabila enam hingga tujuh pemain warisan sudah dikenal pasti untuk memperkuat skuad Harimau Malaya.

“Diharapkan kerajaan Malaysia dapat membantu dalam proses mendapatkan pasport Malaysia agar mereka dapat bermain untuk Harimau Malaya pada kelayakan Piala Asia 2027 mulai bulan Mac ini,” jelas Tunku Mahkota Ismail.

Pasukan kebangsaan ketika ini dikendalikan oleh pengendali import dari Australia, Peter Cklamovski yang diberi sasaran utama untuk layak ke Piala Asia 2027 dan memastikan Harimau Malaya berada dalam kelompok 100 negara terbaik dunia.

Harimau Malaya telah diundi dalam Kumpulan F bersama Vietnam, Laos dan Nepal pada aksi kelayakan nanti dengan posisi juara sahaja yang mengesahkan slot automatik ke kejohanan berprestij di Arab Saudi pada dua tahun lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI