fbpx

Pekan terkejut terima wasiat RM46 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa tempatan pekan Thiberville terkejut menerima wasiat. - Google Maps

PARIS  – Pegawai-pegawai sebuah pekan di Perancis terkejut apabila mendapat tahu bahawa  seorang hartawan Paris mewasiatkan kekayaannya kepada penduduk bandar kecil itu, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Roger Thiberville tidak pernah melawat pekan Thiberville di Normandy, selatan Perancis  dan meninggal dunia tahun lalu pada usia 91 tahun, tanpa waris.

Lelaki itu tanpa diduga,  memilih untuk menyerahkan harta kekayaannya bernilai kira-kira AS$10.2 juta (RM46 juta) kepada pekan yang mempunyai nama sama dengan nama keluarganya.

“Ia adalah jumlah wang yang luar biasa. Jelas sekali jumlahnya di luar imaginasi,” kata Datuk Bandar Thiberville, Guy Paris.

“Kami belum tahu apa yang akan kami lakukan dengan harta ini. Jumlah wang yang diterima  lebih lima kali ganda daripada bajet perbandaran,” kata Paris.

Namun, perkara pertama yang akan dilakukan beliau adalah membayar pinjaman bank lebih AS$400,000 (RM1.8 juta). Pinjaman itu digunakan untuk membina sebuah sekolah baharu.

Paris berkata, taman awam, gelanggang boules dan padang bola sepak juga boleh dibangunkan berdasarkan wasiat itu.

Thiberville yang bekerja sebagai ahli meteorologi semasa hayatnya, menetap di Paris di mana dia mewarisi portfolio hartanah keluarganya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI