fbpx

McAtee bintang masa depan Man. City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MCATEE mencipta sensasi apabila meledak hatrik buat City awal pagi semalam. - MAN CITY

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menganggap pemain muda, James McAtee sebagai bintang masa depan selepas meledak hatrik membantu pasukan menang 8-0 ke atas Salford City pada pusingan ketiga Piala FA awal pagi semalam.

Pada perlawanan di Stadium Etihad itu, The Citizens tidak mempunyai masalah untuk melangkah ke peringkat seterusnya menerusi ledakan hatrik McAtee, dua gol Jeremy Doku dan masing-masing satu daripada Divin Mubama, Nico O’Reilly serta Jack Grealish.

Menurut Guardiola, McAtee memiliki bakat yang istimewa setanding dengan bekas-bekas pemain remaja daripada Akademi City yang kini mewakili pasukan lain seperti Morgan Rogers, Cole Palmer, Liam Delap, Romeo Lavia dan Jadon Sancho.

“Saya sangat gembira dengan apa yang dipamerkan oleh McAtee kerana dia mempunyai bakat luar biasa. Dia lahir daripada akademi sama yang membentuk pemain seperti Rogers, Palmer, Delap, Lavia dan Sancho.

“Mereka semua sudah membuktikan bahawa mampu beraksi secara konsisten dalam saingan EPL bersama kelab masing-masing tetapi McAtee lebih istimewa kerana dia adalah kapten ketika berada di peringkat akademi,” katanya.

Sementara itu, McAtee yang kini berusia 23 tahun mengakui sukar mempercayai kejayaannya itu, lebih-lebih lagi apabila dapat meledak hatrik pertama dalam kariernya sebagai pemain profesional.

“Ini adalah detik istimewa buat saya dan bukan mudah untuk menjaringkan hatrik di peringkat tertinggi. Saya hanya cuba menjadi diri sendiri dan harap segalanya akan bertambah baik selepas ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI