PETALING JAYA – Jumlah mangsa banjir di lima negeri mula menurun kepada 3,469 mangsa daripada 988 keluarga pada petang ini.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Johor mencatatkan penurunan ketara, dengan 3,232 mangsa daripada 921 keluarga pada petang ini berbanding 3,974 mangsa pada pagi tadi.
Bagaimanapun, Pahang mula merekodkan mangsa banjir dengan 152 orang daripada 36 keluarga, manakala di Sarawak pula mencatatkan seramai 38 mangsa daripada 17 keluarga.
Di Perak, seramai 31 mangsa daripada sembilan keluarga dipindahkan, sementara Terengganu mencatatkan 16 mangsa daripada lima keluarga.
“Sebanyak 40 pusat pemindahan sementara masih beroperasi setakat petang ini,” lapor JKM. – KOSMO! ONLINE