fbpx

Mana bomba? Bintang realiti TV mahu saman kerajaan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pratt menunjukkan serpihan rumahnya yang rentung dalam kebakaran. - Instagram

LOS ANGELES, CALIFORNIA  – Personaliti program realiti televisyen Amerika Syarikat, Spencer Pratt mahu menyaman kerajaan negeri California selepas rumahnya hangus  dalam kebakaran Pacific Palisades di Los Angeles, lapor portal berita MailOnline semalam.

Bekas peserta The Hills itu berkata, kecuaian jabatan bomba mengakibatkan dia hilang tempat tinggal.

Pratt cuba mendapatkan bantuan Jabatan Bomba Los Angeles, namun tiada bantuan dihantar, menyebabkan dia hanya mampu melihat hartanahnya terbakar.

“Mereka (bomba) langsung tidak datang. Saya memerhati daripada kamera keselamatan sehingga rumah kami terbakar. Tiada trak bomba,” katanya.

Ketika rumahnya terbakar, Pratt berkata, dia menelefon panggilan kecemasan 911 dan memberitahu bahawa sekiranya jentera bomba dihantar, mereka boleh menghentikan api daripada merebak ke seluruh kejiranan.

Namun, Pratt berkata, dia diberitahu bahawa pihak bomba kekurangan  aset (jentera pemadam api).

Rumah Pratt dan isterinya yang bernilai AS$$3 juta (RM14 juta) menjadi rata selepas api marak memusnahkan ribuan kediaman di Los Angeles petang Selasa lalu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI