fbpx

Liverpool minat beli pertahanan Sevilla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BADE

NEWCASTLE – Newcastle United dilaporkan tidak akan membuat sebarang tawaran untuk mendapatkan pemain pertahanan Sevilla, Loic Bade pada jendela perpindahan musim sejuk ini sekali gus memberi laluan kepada Liverpool untuk merebut bintang muda berbakat itu.

Menurut laporan, Bade menjadi perhatian Newcastle tetapi memandangkan kelab itu dijangka tidak aktif pada jendela perpindahan bulan ini, mereka berkemungkinan tidak akan membawa masuk tonggak Sevilla itu.

Situasi itu membuka ruang kepada Liverpool yang dilaporkan bersedia menebus klausa pelepasan pemain berusia 24 tahun itu bernilai £50 juta (RM277.08 juta).

Bade yang dianggap salah satu prospek terbaik La Liga telah menjadi watak penting dengan Sevilla sejak menyertai kelab Andalusia itu dari Stade Rennais.

Kehadiran Bade memberikan impak besar selepas dia gagal mendapat peluang bersama Nottingham Forest pada separuh pertama musim 2022/23 sebelum Sevilla menandatanganinya secara tetap pada musim panas berikutnya.

Dalam tempoh dua tahun, Bade telah membuat 76 penampilan bersama Sevilla dengan meledak dua gol dan mencipta dua bantuan jaringan selain turut mencuri perhatian di pentas antarabangsa apabila membantu Perancis meraih pingat perak Sukan Olimpik Paris 2024.

Liverpool dilihat berpeluang besar untuk mengukuhkan barisan pertahanan mereka dengan kehadiran Bade yang bukan sahaja kukuh di posisi pertahanan tengah, malah turut memiliki pengalaman bermain di peringkat tertinggi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI