fbpx

Lelaki meninggal dunia sesak nafas ketika daki bukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba memberi bantuan kepada seorang lelaki yang mengalami sesak nafas dan tidak sedarkan diri ketika mendaki Bukit Kledang di Ipoh, hari ini.

IPOH – Seorang lelaki meninggal dunia ketika melakukan aktiviti pendakian di Bukit Kledang di Pasir Puteh, di sini hari ini.

Mangsa, Law Chaw Ming, 54, dikatakan sesak nafas secara tiba-tiba dan tidak sedarkan diri sewaktu mendaki bukit tersebut bersama rakannya.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 3.06 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh dihantar ke lokasi kejadian.

Katanya, sebelum ketibaan pasukan bomba, mangsa telah diberi bantuan pernafasan oleh anggota Pasukan Bomba Sukarela Pekan Baru dan Menglembu.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Anggota bomba kemudian membantu membawa turun mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis dan operasi ditamatkan pada pukul 4.33 petang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI