fbpx

Lelaki bertopeng tidak sempat bakar motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir Hamzah menunjukkan motosikal anaknya yang telah disimbah minyak tanah oleh seorang lelaki bertopeng ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tiak, Kupang, hari ini.

BALING – Kelibat lelaki bertopeng yang cuba membakar sebuah motosikal di Kampung Tiak, Kupang dekat sini baru-baru ini dipercayai dapat merungkaikan misteri kebakaran bersiri melibatkan rumah dan kenderaan di daerah ini sejak 24 Disember tahun lalu.

Dalam kejadian terbaharu, seorang penduduk di kampung tersebut mendakwa ternampak kelibat seorang lelaki bertopeng melarikan diri selepas menyimbah minyak tanah ke atas sebuah motosikal milik anaknya.

Amir Hamzah, 46, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11 malam, baru-baru ini ketika dua anak lelakinya baru pulang dari lokasi kemalangan di Kupang.

“Setelah mereka masuk ke dalam rumah, anak saya Muhammad Izzat, 19, mahu keluar semula untuk mengambil barangnya yang tertinggal di luar, manakala adiknya Muhammad Akif, 17, terus masuk ke dalam bilik.

“Tiba-tiba dia terdengar bunyi sesuatu terjatuh di luar rumah dan melalui lubang tingkap dia nampak satu kelibat lelaki melarikan diri dalam keadaan tergopoh-gapah. Dia cuba panggil adik serta jiran untuk kejar suspek namun tak sempat,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Amir, anaknya kemudian memeriksa motosikal dan mendapati ia sudah disimbah minyak tanah selain terdapat botol yang tidak sempat diambil suspek.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Azmi Mokhtar berkata, siasatan mengenainya masih dijalankan dan belum dapat memberikan kenyataan lanjut mengenai perkara tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI