fbpx

Khemah kenduri halang laluan diroboh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khemah besar itu menutup akses salah satu laluan di jalan tersebut sehingga menyebabkan pengguna jalan raya terpaksa melalui kawasan sempit. - Tribunnews

JAKARTA – Pejabat Daerah Depok, wilayah Jawa Barat merobohkan khemah sebuah acara kenduri selepas mendapati ia dibina di atas jalan sehingga mengganggu lalu lintas, lapor laman berita Detik kelmarin.

Ketua Badan Ketenteraman Awam Kota Depok, Ade Hidayat berkata, khemah itu dirobohkan selepas pihaknya menerima aduan daripada penduduk yang mengatakan bahawa ia mengganggu lalu lintas.

“Khemah itu dirobohkan oleh petugas kami kerana sebahagiannya menutup laluan jalan raya. Ia turut dibantu oleh keluarga yang menganjurkan kenduri itu,” katanya.

Tambah Ade, kerja-kerja meroboh dilakukan setelah pihaknya berbincang dengan pihak keluarga berkenaan selepas mendapati mereka tidak memohon permit untuk mendirikan khemah.

“Yang pasti, mereka tidak meminta kelulusan untuk mendirikan khemah di atas jalan,” katanya.

Sebelum ini, sebuah video tular di media sosial menunjukkan khemah tersebut menghalang sebahagian jalan di Pasar Agung Sukmajaya, Depok.

Khemah besar itu menutup akses salah satu laluan di jalan tersebut sehingga menyebabkan pengguna jalan raya terpaksa melalui kawasan sempit. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI