fbpx

Khabib cerita hal sebenar dalam pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khabib Nurmagomedov menceritakan hal sebenar kejadian dia dihalau dalam sebuah pesawat kelmarin.

PETALING JAYA – Bekas juara Lightweight Ultimate Fighting Champioship (UFC), Khabib Nurmagomedov menceritakan hal sebenar kejadian dia dihalau dalam sebuah pesawat kelmarin.

Beliau mendakwa, seorang wanita datang kepadanya dengan bahasa yang agak kasar walaupun dia sudah bercakap dalam bahasa Inggeris yang baik.

“Saya sudah bersetuju untuk beri kerjasama, namun dia (wanita itu) tetap mahu saya dikeluarkan dari tempat duduk. Apakah asas tindakan itu, adakah dia isu perkauman, bangsa atau ada sebab lain, saya tidak pasti,” kata Khabib dalam tulisannya di Instagram.

Kata Khabib, selepas dua minit berbincang, wanita itu memanggil staf keselamatan dan dirinya diarahkan keluar dari pesawat lain ke destinasi selepas sejam 30 minit.

Katanya, dia telah berusaha dengan sehabis baik untuk bertenang dan saling menghormati seperti yang dilihat dalam video yang tular itu.

Kata Khabib, dia berharap kru penerbangan itu boleh bersikap lebih baik terhadap pelanggan di masa hadapan.

Semalam Khabib dilaporkan diarahkan keluar dari sebuah pesawat Frontier Airlines apabila bekas petinju dunia itu duduk berhampiran pintu kecemasan.

Pramugari didakwa kurang selesa dengan kehadiran Khabib duduk di barisan pintu kecemasan dan memberi pilihan sama ada tukar tempat duduk atau meninggalkan pesawat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI