fbpx

Kena pecat oleh Parlimen, Presiden Korea Selatan masih terima kenaikan gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suk-yeol menghadiri sesi ketiga Mesyuarat Pemimpin G20 di Rio de Janeiro, Brazil pada 19 Nov. 2024. - AFP

SEOUL – Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol akan menerima gaji tahunan kira-kira 262.5 juta won (RM805,000) pada tahun ini, meningkat  tiga peratus berbanding tahun lalu, lapor akhbar The Korea Times semalam.

Menurut Kementerian Pengurusan Kakitangan, gaji pegawai awam Korea Selatan akan meningkat sebanyak tiga peratus tahun ini berbanding tahun lalu, dengan kenaikan sama untuk  presidennya.

Walaupun Suk-yeol kini digantung tugas, beliau akan tetap menerima gaji baharu tersebut sambil kekal sebagai Presiden Korea Selatan.

Justeru, Suk-yeol yang tidak bertugas sejak pertengahan Disember tahun lalu akan menerima  kenaikan gaji tahunan berjumlah 7.5 juta won (RM23,000) berbanding 2024. 

Ini bermaksud beliau akan dibayar gaji sebanyak 21.8 juta won (RM67,000) sebulan sebelum cukai pada tahun ini.

Perdana Menteri, Han Duck-soo yang juga digantung tugas selepas Parlimen menjatuhkan hukuman terhadapnya,  akan menerima gaji tahunan sebanyak 235.5 juta won (RM722,000).

Parlimen menggantung tugas Suk-yeol pada 14 Disember tahun lalu dengan memansuhkan  kuasa eksekutif beliau  susulan pengisytiharan undang-undang tentera yang dibuat pada 3 Disember tahun lalu.

Meskipun ada yang berhujah bahawa membayar gaji kepada Presiden dan Perdana Menteri yang digantung melanggar prinsip ‘ada kerja, ada gaji’, isu itu masih tidak jelas dari segi undang-undang.

Ini kerana tiada peraturan jelas tentang pembayaran gaji kepada pegawai awam yang digantung tugas. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI