fbpx

K2

Kampus cawangan baharu Politeknik Ungku Omar tampung 1,200 pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangunan Politeknik Ungku Omar Kampus Bercham sudah tersergam indah untuk dimasuki pelajar UPO bermula Februari ini.

PEMBINAAN sesebuah kampus baharu atau kampus cawangan baharu menyemarakkan lagi sektor pendidikan di negara ini.

Jabatan Kerja Raya baru-baru ini menyerahkan projek kampus baharu cawangan Politeknik Ungku Omar (PUO) kepada Kementerian Pendidikan Tinggi serta Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) di Bercham, Perak.

Projek kampus di Bercham tersebut merupakan kampus cawangan baharu PUO setelah memiliki kampus induk PUO di Jalan Raja Musa Mahadi, Ipoh.

Majlis penyerahan disaksikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Projek melibatkan kos berjumlah RM27.1 juta ini mula dibina pada tahun 2018 dan siap sepenuhnya pada 28 Disember 2024 oleh kontraktor utama di bawah agensi pelaksana JKR Cawangan Kerja Pendidikan, JKR Perak dan JKR Kinta sebagai Penguasa Projek.

“Kampus cawangan baharu ini mampu menempatkan seramai 1,200 pelajar bagi lima program iaitu Diploma Perakaunan, Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Kewangan, Diploma Kewangan Islam dan Diploma Pengurusan Peruncitan dengan kemasukan secara berfasa mulai Februari dan menerima kemasukan sepenuhnya pada bulan Ogos tahun ini,” kata satu kenyataan kepada K-Kampus.

Zambry (kanan) menyempurnakan program Penyerahan Projek Politeknik Ungku Omar Kampus Bercham di Bercham, Ipoh, Perak baru-baru ini.

Selain itu menurutnya, kampus itu turut dilengkapi enam buah bilik Technology-enable Collaborative Classroom (TeCC) yang bakal dilengkapi peralatan teknologi Virtual Reality (VR) di samping ruang-ruang kuliah diinspirasikan ruang bank sebenar. Misalnya, terdapat Ruang Bank Simulation, capaian wifi di keseluruhan kampus, pelaksanaan elemen green campus melalui penjimatan tenaga dan teknologi hijau menerusi lampu-lampu penjimatan tenaga, Rainwater Harvesting System dan lain-lain elemen SDG lebih inovatif.

“Dengan kewujudan kampus baharu ini diharapkan dapat menyokong aspirasi pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Konvensional (TVET) seperti digariskan dalam Dasar TVET Negara 2030 dan menjadikan TVET Malaysia yang responsif, fleksibel dan inklusif.

“Perkara ini turut digariskan dalam Pelan Transformasi Politeknik 2023-2035 dan Rancangan Pemerkasaan Kolej Komuniti yang memberi fokus kepada pembangunan program TVET yang mampan, penyediaan ruang-ruang baharu yang kondusif, perolehan peralatan yang menyokong perkembangan teknologi terkini, pembangunan kompetensi pensyarah serta penyediaan platform yang tersusun dalam aktiviti penyelidikan, pembangunan, inovasi dan pengkomersialan bagi menyokong pembangunan ekonomi mampan.

Program penyerahan projek oleh JKR telah berlangsung dengan jayanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam, Unit Komunikasi Korporat PUO, Sharifah Anita Wafa berkata, pembukaan kampus cawangan baharu itu akan dapat menampung pertambahan pelajar PUO.

“Kampus cawangan Bercham ini akan dapat menampung pertambahan pelajar terutama melibatkan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan iaitu melibatkan lima program diploma tersebut) yang sering merekodkan antara kemasukan tertinggi di PUO.

“Maka, dengan adanya kampus bangunan baharu ini, pelajar dapat menngikuti pengajian dengan kondusif,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI