fbpx

Jangan potong duit BAP untuk yuran – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina ketika sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Cek Cura BAP di Auditorium Tan Sri Abdul Rafie, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh ISKANDAR ISHAK/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pihak sekolah diingatkan supaya menyerahkan sepenuhnya Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada ibu bapa tanpa sebarang pemotongan untuk yuran atau kegunaan lain.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan bahawa wang bantuan itu adalah hak murid dan mesti digunakan sepenuhnya untuk persiapan persekolahan mereka.

“Jangan di potong-potong (seperti) yuran Persatuan Ibu Bapa Dan Guru dan sebagainya, itu tidak boleh. RM150 mesti diterima (oleh) ibu bapa (atau) penjaga sebagaimana yang kita umumkan.

“(Jika) ada yang melanggar, kita mintak aduan disampaikan kepada kita (Kementerian Pendidikan) untuk siasatan dan tindakan. RM150 itu adalah hak pada anak-anak untuk bantuan persekolahan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Cura BAP 2025 di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.

Kerajaan memperuntukan RM791.25 juta untuk pemberian BAP secara sekali bayar, memberi manfaat kepada lebih 5.2 juta murid di seluruh negara.

Penyerahan BAP bermula hari ini untuk murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 bagi sesi persekolahan 2024/2025.

Bagi murid Tingkatan 6 Semester 2 dan Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026, agihan akan bermula pada 16 Februari, manakala murid Tingkatan 6 baharu akan menerima BAP bermula 1 Julai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI