fbpx

‘Jamu kawan anak makan kambing golek’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik di Tiktok.

PETALING JAYA – Tuan rumah menyajikan hidangan istimewa kepada lebih 10 rakan anaknya yang datang dari Johor sempena cuti semester raih perhatian ramai.

Menerusi perkongsian di TikTok oleh pengguna CikSal81, keluarga itu dilihat menyembelih dua ekor kambing untuk menyediakan pelbagai hidangan seperti kambing kuzi, kari kepala kambing dan kambing golek selain ayam panggang, udang bakar dan kuih-muih.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pujian terhadap layanan mesra yang diberikan oleh keluarga ini.

“Kita hidup tak mewah tak apa, tapi kita kena mewahkan tetamu sebab mereka datang bawa rezeki dan pahala untuk kita,” kata Nab.

“Keluarga yang hebat. Semoga dirahmati dan sentiasa dikurniakan limpahan rezeki yang berterusan serta berkat umur yang panjang, kekal bahagia dunia akhirat,” ujar Edy.

“Tahniah kepada ibu bapa anak ini. Mereka memuliakan tetamu, dan sekurang-kurangnya kita tahu dengan siapa anak-anak kita berkawan. Tahniah semua, sedap lauk-pauk semua,” tambah Ylyn. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI