fbpx

Hujan lebat sepanjang hari di Johor 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Johor hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya, amaran itu melibatkan hujan lebat berterusan di Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Dalam pada itu, ramalan cuaca terkini juga menunjukkan luruan monsun kuat dijangka berterusan sehingga hari ini.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan sangat lebat dan berterusan di timur dan selatan Semenanjung dalam tempoh berkenaan.

“Luruan kuat ini juga menyebabkan kenaikan paras air laut turut di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan serta berisiko kepada limpahan air laut di pesisir pantai,” lapor MetMalaysia.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap keadaan cuaca semasa dan mendapatkan maklumat terkini melalui laman web rasmi MET Malaysia, aplikasi mudah alih myCuaca, serta laman media sosial jabatan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI