fbpx

Gempa kuat gegar Jepun, amaran tsunami diaktifkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO– Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami selepas gempa bumi kuat bermagnitud 6.9 berlaku di perairan barat daya negara itu, lapor saluran berita CNN hari ini.

Gempa berlaku sejurus selepas pukul 9.19 malam (waktu tempatan), kata agensi berkenaan sekali gus mencetuskan amaran tsunami untuk wilayah Miyazaki di Pulau Kyushu di samping rantau Kochi, selatan negara itu.

Pihak berkuasa meminta penduduk tempatan supaya tidak berada di laut atau menghampiri pantai sehingga amaran tsunami ditarik balik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI