fbpx

Casemiro setuju tinggalkan Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CASEMIRO (kiri) berada dalam radar Al-Nassr yang berminat menyambar khidmatnya dalam jendela bulan ini. - AFP

LONDON – Pemain tengah Manchester United, Casemiro dilaporkan bersedia meninggalkan Old Trafford dan berpindah ke Al-Nassr pada jendela perpindahan bulan ini selepas kehilangan tempat dalam kesebelasan utama di bawah pengurusan Ruben Amorim.

The Red Devils yang kini bergelut dengan kekangan bajet perpindahan terpaksa bergantung kepada hasil penjualan pemain untuk membiayai pembelian baharu dan kemungkinan terbuka menerima tawaran buat semua pemain termasuk Casemiro.

Bintang veteran berusia 32 tahun itu semakin tersisih daripada skuad utama selepas Amorim memberi keutamaan kepada pemain muda seperti Kobbie Mainoo di posisi tengah kerana Casemiro dikatakan gagal memenuhi intensiti permainan yang dimahukan Amorim.

Disebabkan itu, Al-Nassr dilaporkan berminat membawa Casemiro dengan Cristiano Ronaldo dikatakan memainkan peranan penting memujuk bekas rakan sepasukannya itu berhijrah ke Arab Saudi.

Casemiro menyertai United pada 2022 dengan yuran perpindahan bernilai £70 juta (RM387.92 juta), tetapi dengan penurunan prestasi dan statusnya yang bukan lagi pemain utama, harganya dijangka hanya sekitar £25 juta (RM138.54 juta).

Meskipun jumlah itu lebih rendah berbanding yuran asalnya, namun perpindahan Casemiro akan memberi kelonggaran besar kepada struktur gaji United memandangkan dia merupakan penerima gaji tertinggi kelab dengan £350,000 (RM1.9 juta) seminggu.

Casemiro dijangka menikmati kenaikan gaji yang signifikan di Al-Nassr dengan potensi pendapatan sehingga £650,000 (RM3.6 juta) seminggu sekali gus menjadikannya antara pemain bola sepak dengan gaji tertinggi di dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI