KOTA BHARU – Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan membuat panggilan video seksual dan merogol gadis berusia 15 tahun hujung Disember lalu.
Tertuduh, Muhammad Amir Zikrillah Mohd. Nor, 35, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.
Muhammad Amir didakwa melakukan komunikasi seksual melalui panggilan video dengan mangsa di sebuah rumah di sini pada pukul 8 malam, 29 Disember lalu.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 11(1)(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun.
Tertuduh turut didakwa merogol remaja sama di sebuah rumah di Jalan Kuala Besar di sini pada pukul 12.10 tengah malam, 30 Disember lalu. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Februari ini untuk sebutan semula kes. Tertuduh tidak membayar jaminan tersebut. – KOSMO! ONLINE