fbpx

Banjir: 38 calon SPM terjejas di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aznan (tengah) menyantuni mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Teluk Ramunia.

JOHOR BAHRU – Seramai 38 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terjejas banjir di negeri ini dan daripada jumlah itu 21 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), manakala bakinya menumpang di rumah saudara.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, mereka terdiri daripada 12 calon SPM di daerah Kota Tinggi, diikuti empat calon di Kluang, Kulai (8), Pontian (7) dan Johor Bahru (7).

Katanya, tujuh calon SPM yang terjejas banjir menduduki peperiksaan subjek Matematik Tambahan di pusat peperiksaan ditetapkan pada hari ini.

“Di Kulai juga hari ini terdapat seorang calon terkesan banjir menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 2 Januari lalu, Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan dilaporkan berkata, sebanyak 133 Pusat Peperiksaan Alternatif (PPA) disediakan bagi menempatkan calon SPM di enam negeri yang berisiko jika pusat peperiksaan sedia ada dilanda banjir.

PPA itu diwujudkan Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang, Johor dan Sabah sebagai langkah awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang peperiksaan SPM berlangsung khususnya ketika Monsun Timur Laut (MTL). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI