fbpx

Anwar mohon rakyat doakan kejayaan misi empat negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar dan delegasi tiba di Abu Dhabi hari ini

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon rakyat Malaysia menitipkan doa buat beliau dan delegasi yang kini dalam misi ke empat negara.

Anwar berkata, beliau dan delegasi Malaysia telah pun selamat tiba di negara pertama dalam misi lawatan kerja iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini.

Menurut Perdana Menteri, ketibaan beliau di Abu Dhabi termasuk untuk menyertai beberapa mesyuarat dan agenda yang telah diatur sehingga Selasa ini.

“Isnin hari permulaan yang sangat penting, mohon dititipkan doa agar semua dirancang berjalan lancar dengan hendak-Nya, Insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Kosmo! Online petang semalam melaporkan, Perdana Menteri dan delegasi Malaysia berangkat ke UAE bagi menghadiri Abu Dhabi Sustainability Week (ADSW)

Beliau kemudian akan berlepas ke London, United Kingdom bagi mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat, Perdana Menteri Britain, Keir Starmer.

Perdana Menteri seterusnya dijadualkan berangkat ke Brussels, Belgium sebelum mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI