fbpx

‘Amin tak banyak cakap, tak makan ikan…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisah menunjukkan gambar anaknya, yang ditemui selamat di Indonesia selepas hilang sejak 9 Januari lalu.

SUNGAI PETANI – Ibu bapa kepada nelayan yang hilang sejak Khamis lalu, Mohamad Al-Amin Sufian, 29, memanjatkan rasa syukur sebaik menerima berita anak mereka bersama dua rakannya ditemui dalam keadaan selamat.

Ibunya, Barisah Ahmad, 59, berkata dia terus melakukan sujud syukur sejurus menerima berita gembira tersebut namun masih menanti kepulangan anak kedua daripada lima beradik itu.

Barisah berkata walaupun belum dapat bercakap sendiri dengan Amin namun sekurang-kurangnya dia sudah boleh menarik nafas lega apabila mengetahui dia selamat.

“Kalau boleh saya nak pergi sambut kepulangan Amin cuma tunggu maklumat lanjut daripada pihak berkuasa. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Semarak dekat sini, hari ini.

Tambahnya, kali terakhir anak kedua daripada lima beradik itu berhubung dengannya pada Selasa lalu kerana ingin memaklumkan mengenai barang yang dibelinya dalam talian akan dihantar ke rumah.

“Amin seorang yang tak banyak bercakap dan dia juga tak makan ikan. Sebelum jadi nelayan, dia buat kerja sebagai tukang rumah dia jadi nelayan sejak tahun 2020. Pernah saya nasihatkan dia cari kerja lain tapi dia tak mahu,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan tiga nelayan Asrulhisham Zainon, 47, anaknya, Shahril Aiman Asrulhisham, 16, dan seorang awak-awak, Mohamad Al-Amin Sufian, 29, dipercayai hilang selepas tidak pulang ke rumah dari menangkap ikan sejak petang Khamis lalu.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka disahkan selamat setelah salah seorang mangsa menghubungi ahli keluarganya tengah hari tadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI