fbpx

11 istilah merujuk kepada babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Bacon, lard dan ham antara 11 istilah biasa yang sering digunakan terutama pada kandungan produk serta merujuk kepada haiwan babi.

Menurut Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), pihak tersebut pernah menyenaraikan 11 istilah berkenaan pada hantaran Facebook bertarikh 27 Oktober 2016 untuk pengetahuan umat Islam di negara ini.

“Pork merujuk kepada daging babi di dalam masakan, swine (untuk keseluruhan spesies babi), hog (babi dewasa berat melebihi 50 kg), boar (babi hutan/liar) dan lard (lemak babi untuk membuat minyak, sabun).

“Seterusnya bacon (daging babi salai), ham (daging bahagian peha babi), sow (babi betina dewasa), sow milk (susu babi), pig (babi muda berat kurang 50 kg) dan porcine (sesuatu yang berasal daripada babi, selalu digunakan bagi istilah saintifik),” menurut hantaran berkenaan.

Hari ini Kosmo! melaporkan, produk makanan ‘Ham & Cheese’ yang dijual di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM) didapati tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Menurut kenyataan Jakim, hasil pemeriksaan juga mendapati syarikat yang menghasilkan produk tersebut bukan pemegang SPHM.

Pemeriksaan terhadap produk itu dilakukan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 10 Januari lalu.

UM bertindak menutup serta-merta dua premis jualan runcit 24-jam dalam kampusnya susulan penemuan produk pek ‘sandwich’ tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI