fbpx

[VIDEO] Tiga jam ‘sangkut’ di Jalan Genting Klang sebab Festival Havoc

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik di Tiktok yang memaparkan keadaan jalan raya yang sesak dengan deretan kenderaan panjang.

PETALING JAYA – Kesesakan lalu lintas yang teruk di kawasan Setapak, dengan keadaan jalan raya yang semakin tidak terkawal dan deretan kenderaan panjang, menjadi salah satu punca penutupan lebih awal Havoc Food Festival 2025 hari ini.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok oleh seorang pengguna, Azrel Jamaluddin, kelihatan banyak kenderaan yang terperangkap dalam kesesakan panjang, menyebabkan para pengguna jalan raya terpaksa menunggu berjam-jam untuk pulang ke rumah.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan pengguna mengeluh apabila terpaksa membuang masa di atas jalan raya, sekali gus menjejaskan urusan harian.

“Saya gerak dari pejabat di KL Sentral pukul 7 malam, sampai parkir rumah pukul 9.25 malam. Dah kerja 10 jam, tambah lagi 2 jam dalam sesak. Penat betul!,” ujar Kay.

“Semalam dari UniKL nak balik ke Setapak Central Mall sesak sangat. 3 jam tersangkut kat Jalan Genting Klang. Sudah la bawa kereta manual, boleh patah kaki,” kata Daeng Swift.

“Hari biasa memang dah jem, tambah lagi dengan festival. Orang nak pergi kerja atau balik rumah sendiri pun jadi berjam-jam lamanya. Rumah kondo flat kiri kanan, tak sesuai betul buat festival di situ,” kata Farahanim Jasni.

“Saya penduduk Setapak pun marah sebab kawasan itu memang selalu jem. Tiba-tiba ada festival, makin teruklah. Nak buat festival boleh, tapi bukan di situ,” luah Angelbaby.

Terdahulu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengarahkan ‘food festival’ 2025 yang berlangsung sejak 9 Januari lalu untuk ditamatkan lebih awal pada hari ini kerana festival berkenaan juga didapati tidak memiliki lesen hiburan semasa yang diperlukan daripada pihak berkuasa tempatan. – KOSMO! ONLINE

@azreljamaluddin♬ original sound – Azrel Jamaluddin

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI