fbpx

[VIDEO] ‘Tengah syok rakam, ombak datang sekali dengan balak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar fenomena air pasang besar bersama ombak tinggi di Pantai Geliga, Kuala Kemaman yang dirakam pengguna TikTok petang semalam.

PETALING JAYA – Keasyikan pengunjung merakam fenomena air pasang besar di Pantai Geliga, Kuala Kemaman nyaris mengundang tragedi apabila ombak besar membadai pesisir pantai itu.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, seorang pengguna dikenali sebagai @fmi fazlin memaklumkan suaminya nyaris dibawa arus ketika sedang merakam fenomena tersebut.

Menurut wanita itu, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 6.45 petang kelmarin.

“Tengah syok rakam ombak, tak sangka langsung ada ombak datang sekali dengan kayu balak.

“Alhamdulillah semua selamat, masih umur panjang. Tapi itulah tak tahu nak ketawa ke apa. Bini yang tengok ni tak tahan nak gelak dalam masa sama syukur, masih ada suami,”tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna terkejut dengan kejadian itu dan menasihatkan orang ramai supaya tidak berkunjung ke pantai ketika musim air pasang besar.

“Allahuakbar, malang tak terduga, kekuatan ombak tu boleh bawa balak sekali ke darat. Nssib baik tetap ada asbab kayu pancang tu penyelamat dari hentaman kayu balak,”katanya.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @aLMiZaM.

“Masa ombak kuat jangan duduk tepi pantai, jika nasib tidak baik ombak boleh tarik sampai tengah laut,”katanya.-KOSMO! ONLINE.

@fathimafawwaaz 11.1.25 suamiku dilambung ombak. Alhamdulillah panjang umur lagi. Pantai Geliga bukit, belakang klinik kesihatan Kuala Kemaman. #ombakbesarkemaman #ombakbesar #kualakemaman ♬ original sound – 𝐈𝐳𝐳𝐚𝐭𝐃𝐚𝐮𝐝 🍃

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI