fbpx

Saya minat jadi askar, rasa ‘handsome’ bila pakai uniform – Pelatih PLKN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara peserta yang hadir melapor diri sebagai peserta sukarela PLKN 3.0 di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Rata-rata pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang mula mendaftar diri secara sukarela hari ini teruja apabila dapat menyertai program itu yang telah dimansuhkan sejak 7 tahun lalu.

Ini kerana kata mereka, program seperti PLKN amat dinanti-nantikan terutamanya bagi lepasan sekolah bagi mendapatkan pengalaman dalam pasukan beruniform serta membentuk jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia.

Menurut seorang pelatih, Chee Mee Hang, dia amat teruja apabila terpilih untuk menyertai program itu kerana sudah lama mengimpikan untuk menyertai pasukan beruniform.

“Dah lama saya tunggu, saya minat untuk sertai PLKN. Satu lagi sebab saya suka jadi askar, rasa ‘handsome’ bila pakai ‘uniform’ (pakaian seragam askar) dan berkhidmat dalam itu (askar),”katanya yang mendaftar di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di sini hari ini.

Sementara itu, bagi seorang lagi pelatih, Nur Emyza Zakariah berkata, dengan menyertai PLKN ia dapat menaikkan semangat patriotiknya.

“Lagi-lagi selepas dua tahun kita berkurung dalam rumah waktu Covid-19, tiada semangat cintakan negara.

“Jadi dengan PLKN ini dari dulu lagi saya impikan untuk mendalam modul tentang kenegaraan lagi-lagi ‘survival’ mood dalam hutan macam askar, itu saya suka,”katanya.

Turut senada adalah seorang lagi pelatih dari Sabah iaitu Muhammad Faqrullah Irfan Herman yang memaklumkan penyertaaannya ke PLKN adalah untuk mencari pengalaman.

“Sebab saya di Sabah pun tiada kerja nak buat, jadi saya rasa selepas habis ini (tamat latihan PLKN) akan cari kerja di sini (Semenanjung),”ujarnya.

Terdahulu, seramai 120 pelatih sukarela dari seluruh negara melapor diri di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, di sini hari ini.

Bagi siri pertama itu, latihan akan dijalankan selama 45 hari iaitu pada 12 Januari hingga 25 Februari depan.

Program PLKN 3.0 yang kembali dilaksanakan itu memberi peluang kepada belia untuk menjalani latihan kepimpinan dan kemahiran dalam usaha memupuk semangat patriotisme serta membentuk jati diri yang kukuh.-KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI