fbpx

Perokok lebih sihat daripada orang tidak merokok?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Timbul perdebatan hangat di media sosial apabila seorang individu berkongsi sebab mengapa orang merokok lebih sihat daripada orang tidak merokok.

Menurut individu itu, perkara itu terbukti apabila ramai kalangan golongan tua yang menghisap rokok lebih sihat daripada mereka yang tidak merokok.

“Orang tidak merokok lebih ramai yang terkena penyakit kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Kalau pergi hospital pun hampir 90 peratus (pesakit) yang ada tidak merokok.

“Jadi kenapa orang merokok lebih sihat?,”soalnya.

Menurut individu itu, terdapat dua sebab kenapa orang merokok lebih sihat daripada orang tidak merokok iaitu pertama mereka dapat hilangkan ‘stress’ dengan tabiat terbabit.

“Kalau dia ada masalah, bila menghisap rokok ia (masalah) hilang. Ini kerana setiap hari kita akan ‘tension’ dengan hal-hal kecik seperti masalah kerja dan ‘tension’ akan berterusan bertahun-tahun.

“Tapi bagi perokok bila dia ‘tension’ dia ambil rokok hilang segala ‘tension’ itu dan dia kerja balik. Ini kerana ‘tension’ adalah salah satu punca penyakit ketika ini,”ujarnya.

Sebab kedua kata individu itu lagi adalah kerana perokok akan mengambil makanan dalam kuantiti sedikit berbanding orang tidak merokok.

“Orang merokok ini dia makan sikit dan jarang orang merokok ini gemuk. Apabila dia makan sikit inilah yang menjadi salah satu faktor kesihatan badannya.

“Berbanding orang tidak merokok dia akan makan kerap, pagi makan, selepas itu ambil jajan lagi. Tak berhenti mulut dia mengunyah, ini salah satu sebab penyakit,”katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan individu terbabit dan mendakwa ada ramai perokok yang hidupnya sihat sehingga ke usia emas.

“Orang tua-tua kat kampung saya kebanyakan umur 80 ke atas memang hisap rokok. Ada mak cik umur 96 kuat isap rokok, anak ramai sihat je. Bukan nak sokong perokok, tapi makanan dan ‘stress’ memang lagi bahaya,”tulis Ethereal Elements. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI