fbpx

Objek tumpul ditemui ketika tahan ibu, kekasih dera budak 7 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG – Polis merampas beberapa objek tumpul semasa membuat tangkapan ibu dan kekasih yang disyaki mendera anak berusia 7 tahun hingga maut di kediaman Jalan Zamrud, Taman Bukit Ampang, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, objek berkenaan diserahkan kepada pakar untuk tujuan pengesahan.

“Ada beberapa objek tumpul dirampas semasa tangkapan dibuat.

“Bagaimanapun, untuk sahkan sebagai senjata digunakan bergantung pada laporan-laporan pakar,” katanya ringkas kepada pemberita hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang ibu dan teman lelakinya yang disyaki mendera anak kandung berusia tujuh tahun ditahan di Taman Bukit Ampang, di sini, pada Jumaat.

“Polis menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada pukul 2.36 petang Jumaat.
“Ibu mendakwa anaknya yang sedang tidur tidak lagi bernafas. Sepasukan anggota kemudian ke lokasi kejadian untuk tindakan awal,” katanya Mohd Azam semalam.

Mangsa dipercayai telah didera oleh ibu kandung, 25, teman lelakinya, 36, semasa di rumah dan mengalami kecederaan seperti kesan-kesan lebam pada bahagian muka, leher, tangan dan kaki disyaki dipukul dengan benda keras serta tumpul secara berulang.

Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian kanak-kanak tersebut adalah kerana pendarahan di dalam kepala.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI