fbpx

KUPPutra sedia bantu usahawan untuk berniaga di Anjung Syawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mimi Afzan (kanan) dan Rayme Zainal bekerjasama untuk menjayakan festival Ramadan, Anjung Syawal di Putrajaya baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Kelab Usahawan Putrajaya (KUPPutra) komited untuk membantu kira-kira 100 usahawan  berniaga di Anjung Syawal,  Festival Ramadan Putrajaya 2025 yang akan berlangsung pada akhir bulan Februari ini.

Pengerusi KUPPutra, Mimi Afzan Abdul Majid berkata, kerjasama dengan syarikat pengurusan acara, Raydiate Blue Sdn. Bhd. (Raydiates) pada tahun ini melihat ia adalah peluang keemasan untuk usahawan mempromosikan produk dan perkhidmatan masing-masing kerana bazar jualan dalam bulan Ramadan mampu meningkatkan pendapatan syarikat masing-masing.

Menurut beliau, memandangkan slot niaga yang ditawarkan adalah sebanyak 300 unit jadi pihaknya mahu membantu 100 usahawan yang berpotensi untuk menyertai festival ini.

“Dengan membuka peluang ini, kami akan turut membantu penganjur dan juga para usahawan yang ingin berniaga di Putrajaya bagi merancak ekonomi setempat.

“Antara usaha aktiviti pengisian tersebut adalah menyediakan perkhidmatan yang akan di sediakan oleh ahli-ahli kelab KUPPutra adalah perkhidmatan pengubahan baju di Anjung Syawal yang mana ini adalah antara khidmat penting yang dicari oleh pelanggan terhadap koleksi raya pelanggan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Mimi Afzan menerangkan, KUPPutra mahu menjadi  sebuah kelab yang dapat membawa satu hala tuju untuk perkembangan perniagaan setiap daripada ahli bagi melahirkan usahawan-usahawan yang bertanggungjawab.

 “Kami juga mahu membentuk golongan usahawan yang berkeyakinan diri, inovatif, kreatif, berpandangan jauh, berwawasan serta bijak merebut dan menggunakan peluang yang ada,” katanya.

 KUPPutra ditubuhkan pada 21 Mei 2018 dengan menghimpun peserta Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (PEB-1P1K) Putrajaya bermula 2014 sehingga kini anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan sebelum ini dan Perbadanan Putrajaya.

 Sementara itu, Pengarah Urusan Raydiates Blue, Rayme Zainal berbangga dengan kerjasama yang terjalin dengan KUPPutra untuk menjayakan Anjung Syawal Festival Ramadan Putrajaya 2025.

 Kerjasama ini adalah salah satu inisiatif Raydiates  untuk menyokong pembangunan komuniti usahawan tempatan dan merangsang pertumbuhan ekonomi melalui pelbagai aktiviti dan pameran yang disediakan sepanjang festival.

 “Kami sangat teruja dengan kerjasama ini sekali gus dapat menjana ekonomi tempatan terutama di Putrajaya dengan menyediakan platform kepada peniaga makanan, trak makanan dan pempamer untuk mempromosikan produk masing-masing.

 “Festival ini bukan sahaja mempromosikan seni budaya dan kesenian Islam, tetapi juga menyediakan platform bagi usahawan untuk berhubung dan berkolaborasi, membuka peluang rangkaian yang penting untuk perkembangan perniagaan mereka,” jelasnya.

 Tambah Rayme Zainal, pihaknya bersedia bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai matlamat yang sama dalam melahirkan usahawan.

“Putrajaya telah berjaya mengukuhkan kedudukannya di peta dunia sebagai destinasi pelancongan serta penganjuran acara bertaraf dunia selama ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI