Memilih prinsip untuk tidak membebankan ibu bapa, Nur Syafiqah Husna Zainul Arshad, 25, tekad mengambil keputusan untuk bekerja dan mencari duit sendiri bagi menyara pengajiannya di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Malah pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi) dengan Kepujian ini merancang untuk menyambung pengajian sehingga ke Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PDH) di luar negara hasil daripada pekerjaan dalam industri perubatan. Kepada Kosmo! Ahad, gadis manis yang lebih manja dengan panggilan Husna ini menceritakan mengenai diri,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya