fbpx

Hanya gimik, Amira Othman akui tumpang populariti Fattah Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amira mengakui sudah bersedia dengan segala kritikan yang akan dilemparkan kepadanya gara-gara melakukan gimik sedemikian.

PETALING JAYA – Demi sebuah publisiti dan populariti, penyanyi Amira Othman mengakui sengaja mencipta gimik sensasi kononnya ada hubungan bersama Fattah Amin demi publisiti lagu baharunya berjudul Bila Nak Kahwin.

Menurut Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 32, sebelum ini dia sering dikatakan artis yang sepi tanpa kontroversi, jadi kali ini dia mengambil risiko menggunakan gimik sebagai satu cara mempromosikan lagu baharunya.

“Dahulu orang selalu tanya saya kenapa saya tak ada kontroversi? Jadi saya ambil risiko dengan melakukan gimik bersama Fattah.

“Jika saya tak ambil risiko ini maka saya akan berada di takuk yang sama. Mungkin saya tak keluar dari zon selesa saya.

“Saya sedar mungkin ramai yang suka atau tidak suka dengan gimik ini. Saya harap gimik ini tidak lukakan hati peminat dan penyokong saya,” katanya.

Penyanyi lagu Hati Hati juga dia bersedia dengan segala kritikan yang akan dilemparkan kepadanya gara-gara melakukan gimik sedemikian.

“Sebelum lakukan gimik ini saya sudah fikir segala kemungkinan. Pihak label juga ada beritahu tentang risiko yang akan dihadapi.

“Insya-Allah saya sudah bersedia untuk menerima segala kritikan selepas ini. Saya harap mental saya okey untuk menghadapi segala kritikan.

“Sewaktu saya masih berada dalam Akademi Fantasia dulu pun macam-macam kritikan yang diberikan,” jelasnya.

Amira juga tidak segan untuk mengaku yang dia menumpang tuah Fattah yang meraih tuah luar biasa sejak bergelar duda Oktober tahun lalu.

“Rasanya sesiapa pun yang bekerja dengan Fattah pasti menumpang popularitinya. Saya berterima kasih kepada Fattah dan pihak pengurusan kerana sudi bekerjasama. Saya akan kenang jasanya. Saya harap gimik yang dilakukan ini tidak keterlaluan,” katanya. – KOSMO ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI