fbpx

Cuaca baik hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Cuaca baik dan cerah hampir seluruh negara petang ini ekoran tiada amaran ribut petir dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) setakat pukul 2.15 petang.

Keadaan sama turut berlaku sekitar Sarawak dan Labuan.

Bagaimanapun, di Sabah, beberapa bahagian dilaporkan alami hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang yang dijangka berlarutan sehingga pukul 4 petang ini.

“Antara kawasan terlibat adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Semporna) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat),” lapor MetMalaysia.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI