fbpx

Bekas suami hanya beri nafkah 3 sen sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video di aplikasi TikTok cheeksiti.

PETALING JAYA – Dalam Islam walaupun pasangan suami isteri sudah bercerai, namun bekas suami masih perlu bertanggungjawab memberi nafkah kepada bekas isteri dan anak-anaknya.

Nafkah tersebut melibatkan keperluan makan, minum, pakaian, tempat tinggal serta wang untuk dibelanjakan.

Bagaimanapun, ada sesetengah bekas suami menganggap perkara itu remeh sehingga mengabaikan salah satu tanggungjawab yang disyariatkan dalam Islam.

Berdasarkan satu perkongsian di aplikasi TikTok, seorang pengguna dikenali sebagai cheeksiti mendedahkan bahawa bekas suaminya hanya memberi nafkah bulanan sebanyak 3 sen sahaja.

Pada hantaran itu, beliau turut berkongsi keratan maklumat transaksi sebuah perbankan tempatan yang tertera ‘Nafkah Nakyla December 2024’.

Menurut wanita itu, bekas suaminya itu cuba menyakiti hatinya kerana dia sudah tidak bekerja, namun lelaki itu lupa dua perkara.

“Pertama, rezeki Allah itu luas. Kedua, doa orang yang dizalimi,”tulisnya pada klip video terbabit.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna memaklumkan bahawa nafkah adalah perkara wajib bagi lelaki dan mereka mendoakan agar wanita itu tabah membesarkan anaknya.

“Nafkah itu kewajipan bagi lelaki, baik buruk isteri masih jadi kewajipan sampai anak berumur 18 tahun,”kata @muhammad afiq751.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @shx533.

“Saya pun ibu tunggal macam akak, suami pun tak bagi nafkah anak dan saya pun tak minta sebab dia pun dewasa ada akal fikiran. Pada saya biarlah dia jawab di akhirat nanti,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI