fbpx

Bekas bintang Man. United ledak gol ke-11

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GREENWOOD (kanan) kini berkongsi status penjaring terbanyak Ligue 1 dengan 11 gol. - AFP

Greenwood nadi kebangkitan Marseille

RENNES – Bekas bintang buangan Manchester United, Mason Greenwood terus membuktikan kualiti hebatnya apabila sekali lagi menjadi watak penting dalam kemenangan ke-11 Marseille dalam saingan Ligue 1 musim ini.

Menariknya, Greenwood menjadi pencetus kebangkitan kepada Marseille yang terlebih dahulu ketinggalan satu gol kepada Rennes menerusi Arnaud Kalimuendo pada minit ke-43 di Park Roazhan awal pagi semalam.

Pemain sayap kanan yang boleh beroperasi di posisi tengah menyerang itu meledak gol penyamaan berselang empat minit kemudian sebelum Adrien Rabot meledak gol kemenangan Marseille pada minit ke-49.

Ia secara tidak langsung menyaksikan Greenwood kini sudah meledak 11 gol untuk berkongsi status penjaring terbanyak Ligue 1 dengan penyerang Lille, Jonathan David.

Secara keseluruhan, Marseille belum tewas daripada tujuh perlawanan berturut-turut yang menyaksikan mereka menang enam dan seri satu sejak tewas 1-3 kepada Auxerre pada November lalu.

Transformasi ditunjukkan Marseille bukan sahaja disebabkan kecemerlangan prestasi Greenwood tetapi kerana kehadiran ketua jurulatih mereka, Roberto De Zerbi yang dilantik daripada Brighton awal musim ini.

Sebagai rekod, Marseille dianggap pencabar utama Paris Saint-Germain (PSG) untuk merebut gelaran Ligue 1 musim ini apabila kini menduduki tangga kedua, empat mata di belakang juara bertahan itu ketika ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI