PETALING JAYA – Seramai 3,625 mangsa banjir terdiri daripada 1,052 keluarga direkodkan sehingga pukul 4.30 petang ini.
Negeri yang terjejas adalah Johor dan Perak.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Johor mencatat bilangan mangsa tertinggi iaitu seramai 3,594 orang daripada 1,043 keluarga.
Kesemua mangsa ditempatkan di 37 pusat pemindahan sementara PPS di lima daerah.
Di Perak pula mencatatkan seramai 31 mangsa daripada 9 keluarga. Sebanyak 1 PPS dibuka di Manjung. – KOSMO! ONLINE.