fbpx

Banjir: 549 berlindung di PPS di Pontian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG anggota mendukung seorang wanita warga emas untuk dibawa ke PPS Komplek Muafakat Sungai Pinggan, Benut, Pontian.

PONTIAN – Seramai 549 mangsa banjir ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini selepas hujan berpanjangan bermula Jumaat lalu sehingga menyebabkan paras air sungai meningkat dan melimpah ke beberapa perkampungan.

Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian dalam kenyataannya berkata, lapan PPS itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya, SK Kampung Sawah, Komplek Muafakat Sungai Pinggan, SK Seri Bukit Panjang, SK Sri Bunian, SK Sri Sinaran Chokoh, SK Parit Markom dan SK Sri Anom.

Setakat pukul 12 tengah hari ini, PPS SK Melayu Raya menempatkan 146 mangsa daripad 38 keluarga dari Kampung Paya Embun, Kampung Seri Gambat, Kampung Parit Haji Adnan dan Kampung Seri Menanti.

SK Kampung Sawah menempatkan 18 mangsa dari 4 keluarga dari Kampung Kurnia, di Komplek Muafakat Sungai Pinggan. 32 mangsa melibatkan 8 keluarga dan SK Seri Bukit Panjang, 87 mangsa daripada 22 keluarga.

“Turut berpindah penduduk Kampung Jasa Sepakat seramai 134 mangsa dari 14 keluarga ke SK Seri Bunian, SK Seri Sinaran Chokoh seramai 67 mangsa dari 19 mangsa penduduk Kampung Chokoh,”katanya.

Tambanya, PPS yang baru dibuka hari ini pada pukul 8 pagi melibatkan SK Parit Markom dengan 32 mangsa dari 10 keluarga dan SK Seri Anom menempatkan 33 mangsa dari 10 keluarga. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI