fbpx

Amaran peningkatan ekstrem kebakaran di Los Angeles

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Helikopter pemadam kebakaran menyembur air ketika kebakaran Palisades meningkat berhampiran kejiranan Mandeville Canyon dan Encino semalam. - AFP

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Anggota bomba di California bergelut untuk mengawal kebakaran hutan marak yang melanda sebahagian besar daerah Los Angeles semalam, ketika amaran utama menyatakan bahawa angin kencang berisiko menyebabkan api merebak lebih jauh.

Peramal cuaca memberi amaran kepada berjuta-juta penduduk bahawa angin, kelembapan rendah dan tumbuhan kering boleh menyebabkan peningkatan api yang ekstrem dalam beberapa hari akan datang.

Lebih 150,000 orang diarah meninggalkan kediaman mereka di negeri California ketika kebakaran berterusan.

Kebakaran terbesar di kawasan mewah Palisades kini semakin meningkat dan bergerak ke timur.

“Angin Santa Ana yang sederhana hingga kuat akan menjejaskan koridor angin Santa Ana biasa pada hari Sabtu (semalam) hingga Ahad (hari ini), serta sekali lagi pada Isnin (esok) hingga Rabu. 

“Angin ini yang digabungkan dengan udara kering dan tumbuhan kering, akan mengekalkan ancaman kebakaran di kawasan tersebut,” kata Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan di Los Angeles.

Anggota bomba berdepan senario lebih serius dalam beberapa hari akan datang berikutan angin perlahan diramal bertukar menjadi kencang.

Sekurang-kurangnya 16 orang maut ketika kebakaran hutan merebak ke berbilang kawasan kejiranan, dalam kemusnahan yang disifatkan oleh Presiden Joe Biden sebagai ‘medan  peperangan’. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI