fbpx

Aksi hambar juara Piala Super Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MILAN gagal menyamai status sebagai juara Piala Super Itali apabila hanya seri dengan Cagliari awal pagi tadi. - AFP

MILAN – AC Milan gagal meneruskan momentum kemenangan selepas menjuarai Piala Super Itali baru-baru ini apabila sekadar seri 1-1 dengan pasukan di zon penyingkiran, Cagliari dalam aksi Serie A di Stadium San Siro awal pagi tadi.

Keputusan itu menyaksikan pengendali Milan, Sergio Conceicao gagal membuka kempen Serie A dengan langkah kemenangan dalam debut saingan liga domestik selepas cemerlang menjuarai Piala Super Itali musim ini.

Conceicao yang menggantikan Paulo Fonseca pada 30 Disember lalu, mengakui ia adalah persembahan terburuk dipamerkan pasukan bimbingannya sepanjang karier kejurulatihannya sehinggakan beliau turut dicemuh oleh para penyokong sendiri.

“Saya sudah 13 tahun menjadi jurulatih dan melihat kepada kualiti pemain dalam pasukan ini, saya boleh katakan ini adalah terburuk pernah saya saksikan.

“Mujur prestasi di separuh masa kedua sedikit meningkat, namun ia wajar dikritik kerana kami mensia-siakan 25 percubaan di depan gawang lawan.

“Seri hari ini ibarat kami kalah kerana kehilangan dua mata yang cukup berharga,” katanya.

Alvaro Morata meledak gol pada minit ke-51 sebelum kesilapan penjaga gol Milan, Mike Maignan menghadiahkan jaringan penyamaan buat Cagliari hasil rembatan Nadir Zortea empat minit selepas itu.

Keputusan itu menyebabkan Milan kekal di tangga ketujuh menerusi 28 mata, lapan mata di belakang pasukan tempat keempat, Lazio yang merupakan slot terakhir ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN