fbpx

67 senapang patah, 70 pistol tiruan dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara senapang tiruan yang dirampas dari salah sebuah premis menjual barangan mainan di Kuching dan Kota Samarahan.

KUCHING – Polis merampas 67 laras senapang dan 70 pucuk pistol tiruan termasuk 344 paket serta 18 botol berisi peluru plastik dari lima premis menjual barang mainan di Kuching dan Kota Samarahan semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, turut ditahan tiga lelaki dan tujuh wanita tempatan berumur 19 hingga 46 tahun dalam serbuan itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI