fbpx

14 kru cemas, lelaki Indonesia lemas kapal tangki Mongolia terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kapal tangki berdaftar di Mongolia terbakar di kedudukan empat batu nautika Tanjung Piai, Pontian.

JOHOR BAHRU – Tindakan pantas Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) berjaya menyelamatkan kru sebuah kapal tangki terbakar di kedudukan empat batu nautika tenggara Tanjung Piai, Pontian dekat sini pagi tadi.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor, Kepten Maritim Kama Azri Kamil berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) pada pukul 9.25 pagi setelah menerima makluman kejadian itu daripada Kapal Maritim (KM) SATRIA.

Beliau berkata, KM Satria, KM Tambisan dan Bot Kilat 18 dari Maritim Malaysia Negeri Johor telah diarahkan ke lokasi kejadian bagi mengkoordinasikan Op Carilamat bersama dua buah bot dari Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kapal tangki yang berdaftar dari Mongolia itu dikendalikan oleh 15 orang kru warganegara Myanmar, Indonesia dan Singapura berumur lingkungan 22 hingga 73 tahun.

“Seramai 14 orang kru tersebut telah diselamatkan dan dibawa ke Jeti Maritim Negeri Johor manakala seorang kru warganegara Indonesia telah hanyut ke perairan Singapura,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kama Azri berkata, mangsa yang hanyut itu berjaya dikesan pihak berkuasa republik tersebut yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan telah dibawa ke hospital bagi rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI