fbpx

[VIDEO] Mat salih kena ‘sumpahan’ di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran tersebut.

PETALING JAYA – Seorang pelancong mendakwa dirinya seperti terkena ‘sumpahan’ apabila jatuh cinta dengan keenakan teh tarik sehingga sukar melupakannya.

Menurut hantaran oleh @random.4.you di TikTok, dia pernah mendengar khabar angin mengenai daya tarikan Malaysia tetapi tidak mempercayainya sehingga mengalami sendiri.

“Orang kata mustahil nak tinggalkan Malaysia tanpa jatuh cinta dengan satu benda. Mula-mula aku ingat cuma gurauan, tapi lepas tu aku sedar benda ni betul,” katanya.

Tambahnya, dia tidak menyangka minuman tradisional itu mampu meninggalkan kesan mendalam kepadanya.

“Aku cuba lawan, tapi tak boleh. Sekarang aku dah ketagih. Adakah ini sumpahan Malaysia?” soalnya berseloroh.

Hantaran tersebut telah mencuri perhatian pengguna media sosial yang rata-rata terhibur dengan ‘sumpahan’ unik itu dan bangga dengan populariti teh tarik sebagai ikon budaya Malaysia.

“Dulu, Malaysia pernah ada pertandingan teh tarik, macam pertandingan yoyo tapi dengan teh tarik. Aku rindukan masa tu,” ujar Fuchs.

“Ketagih teh tarik, sejenis ketagihan yang tak ada pemulihan di mana-mana,” usik Hajjar.

“Cuba tambah garam sikit je dalam teh tarik, lagi sedap,” cadang Dino. – KOSMO! ONLINE

@random.4.you @Traveler People said you can’t leave Malaysia without falling in love with ONE thing. I thought it was a joke… but now I’m hooked. Is this a Malaysian curse? 😅 #M#MalaysiaTikTokT#TehTarikM#MalaysianFoodR#RotiCanaiM#MamakLifeFYPMalaysia #mistert #tiktokmalaysia ♬ News Dramatic – DM Production

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI