fbpx

Trump elak hukuman penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Trump (tengah). - Foto AFP

WASHINGTON – Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijatuhi hukuman alternatif dikenali sebagai pelepasan tanpa syarat selepas didapati bersalah memalsukan rekod perniagaan di New York, lapor saluran berita CBS semalam.

Hakim Juan Merchan membuat keputusan itu sekali gus membebaskan Trump, 78, daripada sebarang hukuman penjara, denda atau parol untuk sabitan kesalahannya.

Hukuman itu mengukuhkan statusnya sebagai penjenayah pertama yang akan memegang jawatan Presiden AS pada 20 Januari ini.

“Saya tidak bersalah sama sekali. Saya tidak melakukan kesalahan,” kata Trump.

Beliau didapati bersalah pada Mei tahun lalu atas tuduhan memalsukan rekod perniagaan untuk menutup skandal seks yang mengancam kempen pilihan raya Presiden pertamanya pada 2016.

Panel Juri mendapati dia bersalah berhubung kesemua 34 pertuduhan.

Sebelum ini, Trump berusaha untuk menghentikan hukuman ke atasnya termasuk melalui permohonan kecemasan kepada Mahkamah Agung AS minggu ini tetapi mahkamah berkenaan menolak permohonan itu dengan keputusan 5-4.

Dalam kes itu, beliau berisiko dipenjara sehingga empat tahun dan denda AS$5,000 (RM22,450)  untuk setiap pertuduhan. 

Namun, mahkamah mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman yang berbeza jika difikirkan sesuai. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI