fbpx

Terbuka Malaysia : Tiada wakil negara di pentas final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEREGU lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun ketika menentang pasangan China, Chen Bo Yang-Liu Yi pada separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025, di Axiata Arena, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Hasrat untuk melihat sekurang-kurangnya satu wakil Malaysia berada di pentas final Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 tidak kesampaian selepas beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun tumpas kepada pasangan beregu China, sebentar tadi.

Pasukan Tembok Besar China sekali lagi menjadi penghalang buat pemain negara apabila Wei Chong-Kai Wun apabila terpaksa tunduk kepada kebangkitan gandingan ranking No. 16 dunia tersebut menerusi kekalahan 26-24, 16-21, 15-21 dalam masa 77 minit di pentas separuh akhir.

Pasangan dari China itu, mempersembahkan aksi konsisten dan memanfaatkan setiap peluang untuk bangkit  menumbangkan Wei Chong-Kai Wun terutama pada set kedua dan ketiga.

BEREGU lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun ketika menentang pasangan China, Chen Bo Yang-Liu Yi pada separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025, di Axiata Arena, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

“Kami tidaklah kecewa sangat, tetapi dalam masa sama kami juga belum puas hati dengan pencapaian kami di Terbuka Malaysia. Selepas ini masih banyak lagi kejohanan yang perlu kami sertai dan harap dapat perbaiki kekurangan kami menjelang Terbuka India, minggu depan,” katanya.

Kekalahan tersebut memastikan kemarau kemenangan negara terus berlanjutan kerana kali terakhir beregu lelaki negara meraih gelaran di Terbuka Malaysia adalah menerusi gandingan Goh V Shem-Lim Khim Wah pada 2014. Sejak itu, Malaysia gagal untuk menembusi pentas final dalam kategori ini.

Sebagai rekod, kali terakhir wakil negara menjuarai Terbuka Malaysia ialah pada edisi 2018 menerusi bekas jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dalam acara perseorangan lelaki. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI