fbpx

Terbuka Malaysia : Soon Huat-Shevon kecewa gagal ke pentas final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai pada aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025, di Axiata Arena, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Impian beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai untuk menempah tiket ke pentas final Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 tidak kesampaian apabila tewas di tangan pasangan dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran, sebentar tadi.

Pada aksi separuh akhir di Axiata Arena tersebut, Soon Huat-Shevon bermula dengan baik apabila meraih kemenangan pada set pertama, tetapi sayang mereka gagal mengekalkan momentum tersebut sebelum tumbang 21-17, 12-21, 16-21 dalam masa 63 minit.

Shevon mengakui sedih kerana impian untuk melangkah ke pentas final berkecai biarpun melihat peluang mereka untuk mencipta sejarah ke pentas kejohanan bertaraf Super 1000 tersebut mampu direalisasikan.

AKSI beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai pada aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025, di Axiata Arena, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

“Memang menyedihkan bagi kami berdua kerana dalam hati memang ada rasa 200 peratus untuk membawa Malaysia ke pentas final kali ini. Ini adalah peluang yang bagus dan peluang yang susah nak dapat juga.

“Pada perlawanan tersebut, lawan kami memang nak cepat tamatkan saingan ini dan mereka menyasarkan saya. Hari ini, saya tidak dapat bertahan dengan baik dan pergerakan saya juga kurang laju. Disebabkan itu, rakan sepasukan terpaksa banyak bantu saya.

“Lagi pun, mereka berdua terutama Dechapol tahu macam mana nak melakukan serangan ke atas kami berdua. Kami juga pernah menjalani latihan bersama mereka, jadi mereka berdua sudah biasa dengan permainan kami,” kata Shevon.

Kekalahan tersebut menyaksikan rekod pertemuan kedua-dua beregu kini berpihak kepada Dechapol-Supissara 2-1.

Walaupun tewas, kejayaan melangkah sehingga ke separuh akhir Terbuka Malaysia merupakan pencapaian terbaik Soon Huat pada kejohanan berstatus Super 1000 itu kerana pada penyertaan lalu, pasangan suami isteri tersebut hanya mampu mara sejauh pusingan kedua.

Selepas ini, Soon Huat-Shevon akan melakukan persiapan terbaik dan bersedia untuk bangkit menjelang Terbuka India yang berlangsung 14 hingga 19 Januari ini nanti. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI