fbpx

Seorang pegawai kendali 48 kes komersial, bukan angka ideal – Ramli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli

KUALA LUMPUR – Penambahan anggota dan pegawai di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) secara lebih intensif penting bagi mengimbangi peningkatan kes jenayah komersil yang sedang berlaku.

Ini kerana kata Pengarah JSJK, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, ketika ini seorang pegawai penyiasat jenayah komersial secara purata perlu mengendalikan 48 kes setahun.

Beliau berkata, jumlah itu adalah berdasarkan nisbah jumlah kertas siasatan yang dibuka pada tahun lalu iaitu sebanyak 41,701 kes.

“Jika diukur berdasarkan perjawatan semasa iaitu seramai 875 orang, ratio bagi pegawai penyiasat dan kertas siasatan yang dibuka adalah 1:48.

“Jumlah 48 kertas siasatan bagi satu tahun bukanlah satu angka yang ideal bagi seorang pegawai penyiasat, ini tidak termasuk kes-kes tahun sebelumnya dan penugasan- penugasan lain yang juga perlu dilaksanakan,”katanya dalam satu kenyataan.

Ramli berkata, berdasarkan rekod kes jenayah komersial juga mencatatkan peningkatan setiap tahun.

Malah katanya, jika dibandingkan jumlah kes bagi tahun 2024, ia meningkat sebanyak 53.2 peratus berbanding lima tahun lalu.

“Peningkatan jumlah kes ini memberikan cabaran yang besar kepada JSJK kerana sepanjang lima tahun kebelakangan ini, jumlah pegawai penyiasat JSJK tetap sama,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI