fbpx

Sarawak, Sabah dilanda hujan lebat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di Timur negara sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, negeri yang bakal terjejas adalah Sarawak dan Sabah.

“Di Sabah, ribut petir ini diramalkan melanda kawasan seperti Miri (Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang,” katanya.

Bagi Sabah pula, keadaan yang sama turut berlaku di kawasan Pedalaman (Sipitang dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau) dan Kudat.

Walau bagaimanapun, cuaca cerah dan baik kelihatan berlaku di semua negeri di Semenanjung seperti Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Orang ramai yang berada di kawasan terjejas dinasihati untuk berwaspada dengan banjir kilat, tanah runtuh dan pokok tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang.

Maklumat terkini boleh didapati melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca, atau media sosial mereka bagi sebarang perubahan cuaca. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI